Saya Minat Apa Aek???
Saya suka sangat baca novel.Antara novesil yang saya minati ialah Damia Hanna,Norhayati Ibrahim,Hlovate dan yang paling saya suka Siti Rosmizah.
Saya ade semua koleksi novel Siti Rosmizah dari novel pertama Andai itu Takdir-Nya,kemudia cinta kau dan aku,lafazkan kalimah cinta mu,7 hari mencintaiku,takdir itu milik ku dan yang terakhir bakal di beli ialah curi-curi cinta.Untuk pengetahuan korang, Siti Rosmizah adalah seorang lawyer yang menjadi penulis novel.
Macam pelik jer kan, lawyer jadi penulis novel. Macam tak masuk akal jer bagi 2 bidang yang bagi saya sangat berbeza. Tapi itulah kenyataannya dan Siti Rosmizah telah berjaya menarik minat saya membaca tulisannya.
Buku pertama tulisan Siti Rosmizah yang saya baca adalah ANDAI ITU TAKDIRNYA. Kalau tak silap saya baca novel tu pada tahun 2009. Novel tu betul-betul boleh membuatkan saya menangis kerana cara dia mengolah jalan cerita begitu menyentuh hati. saya berasa seperti saya yang berada dalam novel tulisannya itu.
Selepas tu saya terus mencari novel yang ditulisnya.saya pasti yang kita tak akan rugi membeli novel tulisannya.saya akan sentiasa sokong tulisan Siti Rosmizah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan